fbpx

Suami kurang romantik, dedah hal rumah tangga di media sosial punca cerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yusran Shah (dua dari kiri) merasmikan Muzakarah Penolong Pendaftar Perkahwinan Orang Islam Negeri Perlis 2023 di Kangar, hari ini.

KANGAR – Kira-kira 1,000 kes permohonan cerai dalam kalangan orang Islam direkodkan dalam tempoh setahun oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs).

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran Undang-undang Syariah JAIPs, Muhammad Hafeez Abu Seman berkata, pelbagai faktor yang lebih kompleks dikesan menjadi alasan perceraian di negeri ini.

“Peningkatan kes perceraian berlaku seiring pertambahan penduduk dan ia turut berlaku di negeri-negeri lain, namun ia kini dilihat menjadi lebih kompleks.

“Jika dahulu alasan lazim perceraian disebabkan suami tidak memberi nafkah atau terlibat dalam penyalahgunaan dadah, kini terdapat alasan lain seperti suami tidak romantik, isteri meluahkan masalah rumah tangga di media sosial selain campur tangan orang ketiga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Muzakarah Penolong Pendaftar Perkahwinan Orang Islam Perlis Tahun 2023 yang dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Yusran Shah Mohd. Yusof di sini hari ini.

Katanya, antara faktor lain yang dilihat menyumbang peningkatan permohonan cerai di negeri itu adalah apabila orang luar melihat pengurusan perceraian di negeri ini kurang sibuk dan memilih bercerai di Perlis.

Katanya lagi, beliau menasihatkan orang ramai yang mempunyai isu rumah tangga agar tidak mendedahkannya di media sosial, sebaliknya menyelesaikan secara dalaman atau merujuk mana-mana jabatan agama yang menyediakan khidmat perundingan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI