fbpx

Konflik Palestin-Israel: Bantuan dibawa masuk ke Gaza bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LINTASAN Rafah masih ditutup oleh kerajaan Mesir di Gaza. - Foto AFP

BANDAR GAZA – Satu persetujuan telah dicapai bagi membenarkan bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan memasuki Gaza melalui sempadan Mesir.

Selepas perbincangan secara bersemuka dilakukan di Israel dan menerusi panggilan telefon dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berkata, bilangan trak yang terhad akan dibenarkan menyeberangi persimpangan Rafah bermula esok selepas ia ditutup sebelum ini.

Menurut Biden, Sisi akan membenarkan kira-kira 20 trak memasuki Gaza sebagai permulaan dan ia akan bertambah jika semua pihak bersetuju.

“Kami mahu mengeluarkan sebanyak mungkin trak bantuan,” kata Biden di dalam pesawat khas Presiden AS, Air Force One.

Pegawai Israel berkata, penghantaran bantuan kemanusiaan itu akan dihadkan kepada makanan, air dan ubat kepada penduduk Gaza.

Ia akan menjadi bantuan antarabangsa pertama yang akan memasuki Gaza sejak 7 Oktober lalu, apabila pejuang Hamas melancarkan ribuan roket ke arah Israel.

Sejak itu, Rejim Zionis mengepung Gaza, melancarkan gelombang serangan udara, menguatkuasakan sekatan dan mengarahkan puluhan ribu tentera ke sempadan sebagai persediaan untuk melancarkan serangan darat. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI