PETALING JAYA – Ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda seluruh negeri di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak petang ini.
Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), ribut petir dijangka melanda beberapa kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Pahang.
“Sementara itu, beberapa tempat di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor turut diramal mengalami hujan lebat.
“Di Sabah, ribut petir dijangka berlaku di kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Kudat, Sandakan dan Tawau,” katanya.
Menurut laporan sama, di Sarawak, hujan lebat turut diramal berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang. – KOSMO! ONLINE