fbpx

Tular Syamimia mula buka mata artis isu Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syamimia

PETALING JAYA – Selepas kritikan terhadap Syamimia, beberapa artis dan pempengaruh di Malaysia mula menyatakan sokongan mereka terhadap Palestin.

Antara selebriti yang telah mula menyuarakan sokongan mereka termasuk Zahirah Macwilson, Anna Jobling, Meerqeen dan ramai lagi.

Netizen menyatakan selepas isu kritikan Syamimia, ramai selebriti tampil menyokong Palestin.

Tangkap layar hantaran di aplikasi X.

Susulan isu berkenaan, beberapa pengguna di TikTok telah memilih untuk memanfaatkan isu ini dengan menghasilkan video yang seolah-olah mengkritik tindakan Syamimia.

Kebanyakan netizen bersetuju dan menganggap kejadian ini sebagai peluang untuk menyebarkan kesedaran.

“Ini waktunya untuk mengenal pasti siapa pempengaruh kegemaran atau kegeraman,” komen @Ayinasyra.

“Boikot sekali artis dan pempengaruh yang tunggang isu Syamimia. Barulah nak berbunyi lepas orang bersuara. Kalau tak, senyap jugak,” ulas @Shejeha.

Kontroversi yang dicetuskan oleh Syamimia telah menerima reaksi positif dalam kalangan selebriti Malaysia yang kini bersatu menyokong Palestin.

Secara keseluruhannya, situasi ini telah membuka kesedaran dan solidariti terhadap isu Palestin dalam kalangan masyarakat Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI