fbpx

Penolong Pegawai Perubatan Hoshas didakwa terima suapan kerja pengurusan jenazah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH dibawa keluar dari mahkamah selepas didakwa menerima suapan berjumlah RM3,350 bagi kerja-kerja pengurusan jenazah di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini.

KUANTAN – Seorang penolong pegawai perubatan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini atas 12 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM3,350 bagi kerja-kerja pengurusan jenazah sejak 2021 hingga tahun lalu.

Tertuduh, Moh Roffi Ab. Rahman, 57, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd. Zain.

Mengikut pertuduhan, Moh Roffi yang bertugas di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh didakwa menerima suapan wang tunai antara RM100 hingga RM800 daripada dua pihak berbeza dengan jumlah keseluruhan RM3,350 melalui akaun milik tertuduh.

Perbuatan tersebut dilakukan di Maybank Islamic Berhad Cawangan Bandar Pusat Jengka, Maran, antara 8 April 2021 hingga 3 Mac 2022.

Suapan yang diberikan adalah berkaitan kerja-kerja pengurusan jenazah yang mana tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Mahkamah membenarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dengan syarat tambahan pasport antarabangsa tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah sehingga perbicaraan selesai.

Hakim menetapkan 27 November depan sebagai tarikh penyerahan dokumen dan sebutan semula kes.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI