fbpx

455 individu ditahan ingkar PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA – Polis menahan 455 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 427 individu telah dikompaun manakala 27 individu pula direman dan seorang dijamin.

“Antara kesalahan ingkar PKP yang dikesan adalah termasuk gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (206), aktiviti pusat hiburan (72) dan tidak memakai pelitup muka (63).

“Selain itu ada juga individu yang ditahan kerana gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan 59 kes, rentas negeri atau daerah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tanpa kebenaran (21) dan lain-lain (34),”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai Op Benteng, Ismail Sabri berkata, seramai 28 pendatang asing tanpa izin (PATI) serta seorang penyeludup ditahan semalam.

Tambahnya, tiga buah kenderaan darat turut dirampas menerusi operasi berkenaan.

“Sebanyak 306 sekatan jalan raya (SJR) Op Benteng dilaksanakan semalam yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (242), Polis Diraja Malaysia (54) dan Agensi Kawalan Sempadan (10),”jelasnya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI