fbpx

Konflik Palestin-Israel: Israel cuba raih simpati Biden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Biden disambut oleh Netanyahu (kiri) sejurus tiba di Tel Aviv semalam. – AFP

TEL AVIV – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menyatakan sokongannya terhadap Israel semasa lawatan ke Tel Aviv semalam, dan dalam masa sama menawarkan bantuan kemanusiaan terhadap penduduk Palestin yang terjejas dengan konflik berkenaan, lapor agensi berita United Press International.

Dalam ucapan beliau, Biden menyampaikan mesej utama kepada penduduk Israel.

“Anda tidak keseorangan.

“Selagi AS menyokong anda (Israel), kami akan terus memberikan sokongan buat selamanya dan tidak akan membiarkan anda keseorangan,” katanya.

Biden yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion semalam disambut oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden, Isaac Herzog.

“Saya mahu berada di sini hari ini atas sebab mudah, iaitu saya mahu penduduk Israel dan seluruh dunia tahu di mana kedudukan Amerika Syarikat,” kata Biden pada sidang akhbar di Tel Aviv.

Biden telah berkali-kali menyuarakan sokongan terhadap hak Israel untuk mempertahankan diri dan berikrar bahawa AS tanpa berbelah bahagi akan berdiri di sampingnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI