fbpx

Konflik Palestin-Israel: AS guna kuasa veto tolak resolusi PBB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Duta Besar AS ke PBB, Linda Thomas-Greenfield menolak resolusi mendesak penangguhan konflik Palestin-Israel bagi tujuan kemanusiaan semalam. – AFP

BANDAR RAYA NEW YORK – Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto terhadap resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam yang mendesak penangguhan konflik Palestin-Israel bagi tujuan kemanusiaan berikutan teks tersebut dikatakan tidak mengiktiraf hak Israel untuk mempertahankan diri.

Dua belas daripada 15 ahli Majlis mengundi menyokong resolusi dikemukakan oleh Brazil, yang turut mengutuk serangan oleh Hamas, manakala Russia dan Britain berkecuali.

AS adalah satu-satunya undi yang menentang, namun sebagai salah satu daripada lima anggota tetap badan itu, undinya dikira sebagai veto.

“Amerika kecewa dengan resolusi ini yang tidak menyebut tentang hak mempertahankan diri Israel,” kata Duta Besar AS ke PBB, Linda Thomas-Greenfield selepas pengundian.

Tindakan itu dibuat ketika Presiden AS, Joe Biden berada dalam lawatan solidariti di Tel Aviv untuk menunjukkan sokongan kuat  Washington.

Ia juga dikatakan bertujuan menggesa Israel membenarkan bantuan masuk ke Semenanjung Gaza yang dikepung di tengah-tengah amaran bencana kemanusiaan di wilayah tersebut.

Duta Israel ke PBB, Gilad Erdan mengucapkan terima kasih kepada AS kerana menggunakan kuasa veto untuk ‘satu ketetapan yang sangat buruk’, serta berkata: “Washington terus berdiri bersama kami pada masa yang memerlukan.”

Resolusi itu menyatakan bahawa Majlis mengutuk dengan tegas semua keganasan dan permusuhan terhadap orang awam serta semua tindakan keganasan.

Ia juga mengesa semua pihak untuk mematuhi sepenuhnya kewajipan mereka di bawah undang-undang antarabangsa. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI