BANGKOK – Sebuah keluarga menemui mutiara bersaiz lebih 1 sentimeter di dalam tiram ketika mereka mahu menikmati makanan laut di bandar Chiang Rai, Thailand, lapor portal berita Thaiger hari ini.
Kejadian berlaku di kediaman seorang lelaki, Sethapong Sivavobg di Mae Lao. Kata Sethapong, isteri dan anak perempuannya membeli tiram dari pasar tempatan popular di pusat bandar Chiang Rai untuk hidangan keluarga.
Semasa keluarga itu duduk untuk makan, mereka menemui mutiara dalam salah satu tiram yang dibeli itu.
Sethapong menunjukkan mutiara berwarna putih berukuran kira-kira 1 sentimeter, manakala keluarga tersebut gembira dengan penemuan itu.
Mereka menyimpannya di dalam kotak biru untuk tujuan pengesahan di Makmal Pengujian Permata Chiang Mai. – AGENSI