fbpx

Berat naik 37 kilogram sebulan, model jelita ditinggal teman lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Berat badan Zeng naik 37 kilogram dalam masa sebulan hanya kerana mahu menggembirakan teman lelakinya. – Weibo

BEIJING – Seorang model dari Hunan, China meluahkan rasa kecewa apabila dia ditinggalkan teman lelaki selepas berat badannya bertambah 37 kilogram  dalam masa cuma sebulan, lapor portal berita Mothership semalam.

Lebih menyakitkan hatinya, kenaikan berat badan itu sengaja dilakukan selepas diminta oleh lelaki tersebut.

Menurut wanita yang hanya dikenali sebagai Zeng itu, berat badannya hanya sekitar 50 kilogram sebelum bertemu bekas teman lelakinya, Wei.

Namun, Wei memberitahunya bahawa dia lebih sukakan wanita bertubuh gempal.

Wei juga menjelaskan kepadanya bahawa dia tidak perlu menambah berat badan sehingga 100 kilogram, namun berharap wanita itu dapat menaikkan beratnya menjadi 65 kilogram atau 75 kilogram.

“Makanlah sebanyak mana yang awak mahu,” kata Wei seperti dikongsikan oleh Zeng.

Lelaki itu bahkan berjanji untuk berkahwin dengan Zeng selepas dia menambah berat badan.

Ia menyebabkan wanita tersebut menaikkan berat badannya sebanyak 35 kilogram  dalam masa sebulan sekali gus menyebabkan dia kehilangan kontrak sebagai model.

Lebih malang adalah apabila Wei secara tiba-tiba meminta untuk berpisah kerana mendakwa dia mahu hidup bebas.

Wei juga meminta Zeng agar mencari lelaki lebih yang lebih baik dan menikmati kehidupannya dengan sebaik mungkin. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI