fbpx

Pemandu bas seret motosikal 5 kilometer selepas langgar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan itu menyeret motosikal di belakang sejauh 5 kilometer. – Okezone

JAKARTA – Satu rakaman video tular memaparkan sebuah bas mini menyeret motosikal sejauh 5 kilometer sehingga mengeluarkan percikan api selepas merempuh kenderaan itu, lapor portal berita Okezone hari ini.

Insiden berlaku di Bandung, wilayah Jawa Barat pada Ahad lalu.

Berdasarkan rakaman, bas mini itu sebelumnya dilaporkan melanggar sebuah motosikal dan pemandunya cuba melarikan diri.

Dia kemudian menyeret motosikal itu di belakang kenderaannya sejauh 5 kilometer.

Tindakannya akhirnya berjaya dihentikan selepas beberapa penunggang motosikal lain mengejar dan menghalangnya di pintu gerbang Tol Pasteur.

Pemandu bas mini itu turut bertengkar dengan penunggang-penunggang motosikal tersebut kerana menghalang kenderaannya.

Sementara itu, Ketua Polis Trafik Bandung, Asisten Komisioner Polis Arif Saiful Haris berkata, pemandu tersebut telah diberkas polis.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Penunggang motosikal yang terlibat hanya mengalami cedera ringan.

“Pemandu bas mini pula kini disiasat oleh polis,” katanya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI