fbpx

Tajikistan terkejut jadi juara Pestabola Merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Tajikistan meraikan kejayaan menjuarai Pestabola Merdeka 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin.

PENGENDALI skuad kebangsaan Tajikistan, Petar Segrt agak terkejut menyaksikan anak-anak buahnya berjaya menjuarai Pestabola Merdeka 2023 selepas menewaskan tuan rumah, Malaysia 2-0 pada aksi final kelmarin.

Pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, skuad Tajikistan yang menduduki ranking ke-110 dunia berjaya meraih gol hasil ledakan Soirov Rustam dan Samiev Shahrom.

Menurut Segrt, pasukan yang dibawa kali ini sebahagian besar berusia 21 tahun (B-21) tetapi Harimau Malaya masih gagal melakar kemenangan terutama de­ngan kelebihan bermain di laman sendiri.

“Saya agak terkejut apabila Malaysia masih gagal menewaskan kami yang saya anggap se­perti pasukan Tajikistan B-21.

“Harus diakui di atas padang, pasukan tuan rumah agak mendominasi dengan mencipta ba­nyak peluang tetapi tidak disudahkan dengan baik.

“Pujian juga wajar diberikan kepada penjaga gol kami (Barotov Daler) yang baru berusia 24 tahun dan pilihan ketiga sebelum ini untuk pamerkan aksi begitu mantap,” katanya selepas tamat perlawanan.

Sementara itu, pengendali kelahiran Croatia itu turut memerli ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon yang dilihat ‘cakap besar’ pada sidang media sebelum ini.

“Saya rasa jurulatih tidak boleh bercakap besar kerana anda perlu buktikan di atas padang. Kita berjaya membuktikan kualiti apabila melakar kemena­ngan dan fokus selepas ini adalah untuk harungi Piala Asia 2023,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI