BRASILIA – Seorang lelaki di timur laut Brazil terpaksa mendapat rawatan hospital selepas dia mengalami ereksi zakar secara berterusan, lapor portal berita Daily Express semalam.
Lelaki berusia 46 tahun tersebut menelan beberapa biji pil perangsang sekali gus dan mengalami ereksi secara berterusan selama tiga hari, baru-baru ini.
Dia dimasukkan ke pusat kesihatan di Joao Pessoa, timur laut Brazil dan mengalami kesakitan teruk di sekitar kemaluannya.
Berikutan keadaannya yang semakin buruk, pesakit dipindahkan dengan ambulans ke Hospital Trauma di Joao Pessoa, Ahad lalu.
Selepas menerima rawatan, pesakit dibenarkan pulang pada keesokan harinya.
Pakar urologi, Andre Brasileiro memberitahu media tempatan: “Seperti ubat lain, pil itu perlu digunakan di bawah bimbingan pakar perubatan. Terdapat tabiat buruk dalam kalangan pengguna dan keadaan seperti ini adalah satu daripada kesan yang boleh berlaku.” – AGENSI