PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga pukul 6 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, cuaca buruk itu dijangka melanda beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
Selain itu katanya, keadaan yang sama diramal tertumpu sekitar Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Perak dan Negeri Sembilan.
“Di Sabah, kawasan yang terlibat adalah Pendalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat.
“Cuaca buruk itu juga akan melanda Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE