fbpx

EPL: Ratcliffe miliki impian besar, Ten Hag perlu sedia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEN HAG perlu benar-benar mempersiapkan pasukan yang terbaik apabila Ratcliffe cukup terkenal sebagai seorang yang memiliki cita-cita besar. - AFP

LONDON – Bekas pengendali Crystal Palace, Patrick Vieira yakin Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag akan kembali gembira dan menikmati tugasnya di bawah pengurusan Sir Jim Ratcliffe yang berjaya mendapatkan suku daripada saham kelab itu.

Taikun syarikat petrokimia INEOS itu dilaporkan berjaya mendapatkan pegangan sebanyak 25 peratus United dengan nilai yang dibayar sebanyak £1.4 bilion (RM8.06 bilion) dan diberikan tugas untuk mengawal aktiviti bola sepak kelab tersebut.

Vieira sebelum ini memiliki pengalaman bekerja bersama Ratcliffe ketika dilantik menjadi pengendali Nice yang merupakan kelab bola sepak beraksi di Ligue 1 Perancis dimiliki oleh Ratcliffe.

“Beliau tidak pernah mencampuri urusan pasukan dan tugas saya sebagai pengendali pasukan. Kami banyak bercakap mengenai bola sepak setiap kali bertemu, berbincang mengenai pasukan.

“Ratcliffe bukanlah seorang pemilik yang terlalu banyak terlibat dengan semua urusan kelab dan menghalang jurulatih daripada menjalankan tanggungjawab mereka.

“Bagaimanapun, beliau adalah seorang yang memiliki cita-cita yang cukup besar, jadi anda akan tahu kedudukan anda. Namun, sebagai pengendali pasukan, anda bebas untuk membuat sebarang keputusan,” katanya.

Ratcliffe membeli kelab Nice pada Julai 2019 selepas kelab itu meraih kedudukan ketujuh Ligue 1 ketika musim pertama dikendalikan oleh Vieira.

Bekas pemain antarabangsa Perancis itu berjaya mengemudi kelab tersebut mengakhiri musim berikutnya di kedudukan kelima pada musim berikutnya sebelum dia dipecat ketika musim ketiga pada Disember 2020 selepas mencatat lima kekalahan berturut-turut.

Kehadiran Ratcliffe dijangka menyaksikan banyak perubahan yang bakal dilakukan termasuk bekas pengarah sukan Monaco, Paul Mitchell akan dibawa masuk untuk membina semula United.

Ketua Pegawai Eksekutif United, Richard Arnold dan pengarah bola sepak kelab itu, John Murtough dijangka akan meninggalkan Old Trafford apabila Ratcliffe dikatakan mempunyai calon baharu untuk jawatan berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI