fbpx

Netizen anggap Syamimia tin kosong, baik diam saja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran salah seorang pengguna aplikasi X yang menganggap Syamimia 'tin kosong'.

PETALING JAYA – Pengguna menasihatkan pempengaruh, Syamimia yang terpalit beberapa isu sejak semalam supaya ‘diam’ seketika ataupun menutup terus akaun media sosialnya.

Ini kerana kata netizen, sekiranya Syamimia terus ‘berlawan’ di media sosial, pastinya pengikutnya akan terus berkurang sekali gus merugikan dirinya sendiri.

Malah menerusi beberapa hantaran di aplikasi X, mereka netizen mendakwa video klip yang memaparkan Syamimia cuba menegakkan isu Palestin itu tidak ubah seperti ‘tin kosong’ sahaja.

“Syamimia, awak sembang macam tin kosong, satu ‘point’ pun tak boleh pakai buat je la awareness (kesedaran) ni bukan pasal awak ada duit ke takdak.

“Awak boleh je buat macam malia bucin tu duk mintak kita sama sama doa, sumpah awak cakap macam tak ada akal,”kata @aiennafairy.

Pada masa sama, netizen juga mahu Syamimia mengambil pendekatan untuk diam di media sosial, atau berehat serta menutup akaun buat sementara waktu.

“Syamimia lebih baik awak tak payah cakap apa-apa. Kalau tak nak kongsi pasal Palestin, awak tidak perlu keluarkan kenyataan seperti itu. Diam lebih baik, bukan?,”tegas @budamgami.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @hotseok06138.

“Syamimia ni diam je boleh tak, diam,” luahnya geram.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Syamimia kini teruk dikecam pengguna media sosial selepas didakwa tidak tidak berkongsi dan cakna mengenai nasib yang menimpa rakyat di Palestin ketika ini.

Menurut pengguna, sebagai seorang yang berpengaruh, Syamimia perlu menggunakan platfrom media sosialnya untuk menyebarkan kesedaran mengenai apa yang berlaku di Gaza.

Bagaimanapun, wanita terbabit mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri dan tidak menggunakan pengaruhnya berkongsi tentang isu terbabit di media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI