fbpx

Hantaran mengenai Palestin Siti Nurhaliza mula disekat di media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran mengenai kekejaman tentera zionis terhadap penduduk di Palestin yang dibuat Siti Nurhaliza mula disekat di Instagram.

PETALING JAYA – Hantaran mengenai kekejaman tentera zionis terhadap penduduk di Palestin yang dibuat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin didakwa telah mula disekat di Instagram.

Penyanyi tersebut melalui Instastorynya hari ini menjelaskan, hantarannya mengenai peperangan dua pihak itu sebelum ini telah mula disekat namun dia tetap akan memperjuangkan nasib saudara Islam di sana.

“Posting saya mengenai Palestin di IG feed sudah mula kena block. Tak mengapa, usaha diteruskan,” jelasnya.

Dalam perkongsian yang sama, penyanyi lagu Jerat Percintaan itu turut meninggalkan pautan laman sesawang untuk orang ramai menderma kepada tabung bantuan khas Palestin.

Terdahulu, Siti merupakan salah seorang selebriti tempatan yang lantang dalam isu peperangan Palestin-Israel, beliau juga antara artis di Asia yang terus menyebarkan kesedaran mengenai penderitaan saudara sesama Islam di Palestin. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI