fbpx

Tragedi Batang Kali: Aliran resapan tanah punca tanah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan keselamatan masih melakukan operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa dalam tinjauan hari kelapan operasi tersebut di Tapak Perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highland tahun lepas - GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Corak hujan serta perubahan dalam aliran resapan tanah menjadi antara faktor menyumbang kepada kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali pada 16 Disember tahun lalu.

Menurut laporan forensik setebal 143 muka surat itu pada hari ini memaklumkan, hujan adalah merupakan indikator utama berlakunya kejadian meragut nyawa itu dengan kejadian hujan selama lima hari yang memberi kesan terhadap alam sekitar.

Berdasarkan laporan itu, kejadian itu berlaku berikutan kesan kumulatif hujan menyebabkan lembapan tanah yang tinggi serta dilihat berpotensi berlakunya tanah runtuh di kawasan berkenaan.

“Selain itu, hujan anteseden dalam tempoh kumulatif 30 hari adalah satu lagi faktor penting.

“Jangka masa yang dilanjutkan ini membolehkan penilaian menyeluruh tentang kerpasan keseluruhan di kawasan, memberi pemahaman tentang tahap tepu tanah serta berlaku potensi ketidakstabilan cerun,” kata laporan itu.

Jelas laporan itu lagi, faktor lain mempengaruhi tanah runtuh itu juga adalah berlakunya perubahan dalam rejim aliran resapan.

“Aliran resapan merujuk kepada pergerakan air melalui bahan berliang seperti tanah atau batu.

“Perubahan ini boleh memberi kesan melata serta kesan kepada kestabilan cerun atau integriti struktur yang dibina di atas atau berhampiran kawasan yang terjejas,” ujarnya.

Kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm pada adalah kejadian kedua terbesar melibatkan jumlah mangsa maut selepas runtuhan Kondominium Highland Towers pada 1992 yang mengorbankan 48 nyawa.

Tragedi pada kira-kira pukul 2.30 pagi itu, membabitkan 92 mangsa, dengan 61 daripadanya terselamat manakala 31 lagi terkorban, selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI