PETALING JAYA – Pelakon Atiq Azman terus membuatkan peminatnya ‘patah hati’ apabila menghadiahkan wanita istimewa yang juga instafamous, Najiaa sejambak bunga.
Perkongsian itu dimuat naik Atiq atau nama sebenarnya, Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 20, menerusi beberapa keping foto di Instagram.
“Happy birthday. Semoga panjang umur murah rezeki.
“Bunga itu petik sendiri dekat Australia tau. Bukan bishe-bishe. Balik naik feri, takyah naik flight,” seloroh pelakon yang popular dengan drama rantaian Nur itu.
Rata-rata peminat wanita melalui ruangan komen Instagram meninggalkan komen seperti patah hati dengan perkongsian itu.
“OMG, broken lagi (emoji sedih),” tulis seorang pengguna wanita.
Najiaa, 21, melalui Instagram turut berkongsi hantaran dihadiahi sejambak bunga oleh Atiq yang berasal dari Bachok, Kelantan.
“Terima kasih untuk hari ini dan terima kasih untuk doa juga (emoji berbentuk hati). Hari lahir waktu PKPB susah juga sebenarnya jadi saya amat menghargai usahanya,” tulis Najiaa.
Menurut Atiq, dia sudah mengenali Najiaa sejak dua tahun lalu namun memilih untuk tidak terlalu bercerita soal cinta buat masa sekarang. – K! ONLINE