fbpx

Rombakan Kabinet: Anwar masih berteka-teki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika ditemui di Simposium 'The Path Towards Greater Prosperity For Malaysia' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih lagi berteka-teki mengenai soal rombakan Kabinet dan setakat ini ia belum lagi dimuktamadkan.

Ketika ditemui media tadi, Perdana Menteri masih tiada jawapan konkrit bila rombakan Kabinet itu akan diumumkan.

“Rombak Kabinet, kena rombak ke?,” jawabnya selepas disoal wartawan yang hadir pada program Symposium – The Path Towards Greater Prosperity For Malaysia di sini, hari ini.

Ketika ditanya bila ia (rombakan Kabinet) akan dilakukan, Anwar dengan ringkas menjawab; “Bila ada calon, nanti saya tanya (tanya pimpinan parti Kerajaan Perpaduan dahulu).

Spekulasi rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan semakin bertiup kencang dengan Anwar dijangka melakukannya selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Pahang pada 7 Oktober lalu.

Rombakan Kabinet perlu dibuat segera bagi mengisi kekosongan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) susulan kematian Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI