fbpx

[VIDEO] Pengasas bersama syarikat penerbangan tambang rendah direman empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bapa serta anak lelakinya antara yang ditahan reman selama empat hari bagi menjalankan siasatan lanjut di Menara KPJ, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Pengasas bersama serta pemegang saham syarikat penerbangan tambang rendah serta anak dan isterinya yang ditahan selepas disyaki terbabit kes pengubahan wang haram direman selama empat hari sehingga Sabtu ini.

Ketiga-tiga suspek tiba di banggunan Menara KPJ, Jalan Tun Razak, di sini, pada pukul 12.18 tengah hari bagi urusan siasatan lanjut dijalankan terhadap mereka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, keputusan tersebut diperoleh selepas permohonan reman dibuat di Lokap Berpusat Jinjang, di sini, pukul 10 pagi tadi.

“Suspek direman selama empat hari(bermula hari ini),” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ ditahan, bersama isteri serta anak lelakinya selepas disyaki terbabit kes pengubahan wang haram, semalam.

Ramli dilaporkan berkata, ketiga-tiga individu yang ditahan berusia berusia 26 tahun hingga 57 tahun.

Katanya, penahanan itu bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Tangkapan dilakukan kira-kira pukul 5.30 petang di Shah Alam, Selangor. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI