fbpx

Ramai tanya bila bantuan e-wallet RM100 untuk dewasa akan dikreditkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hampir seminggu pembentangan Belanjawan 2024 berlalu, bagaimanapun segelintir pengguna media sosial masih bertanyakan tarikh sebenar bantuan tunai e-wallet RM100 akan dikreditkan.

Ini kerana menurut mereka, bantuan kepada hampir 10 juta rakyat dewasa di negara ini sepatutnya dikreditkan pada bulan ini atau suku keempat tahun ini.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, rata-rata pengguna mempersoalkan tentang bantuan tersebut.

“Bukan dulu pernah cakap nak bagi rm100 dekat ewallet ke? Senyap je aku tengok ni,” tulis @saidatunnajwa di aplikasi X.

“Dah bulan 10 dah ni, bila nak dapat Touch N Go eWallet RM100 tu ekk, mak ayah sanggup download Touch N Go,” kata @simp_seulgi.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @shutthekuf13.

“Duit rm100 masuk ewallet tu bila nak dapat ya? Katanya bulan 10?,” soalnya di aplikasi X.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru baru ini mengumumkan bantuan e-wallet RM100 akan dikreditkan kepada semua rakyat Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas.

Khabar gembira itu diumumkan ketika Majlis Peluncuran Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti, Bukit Kiara pada 27 Julai lalu.

Anwar menyatakan inisiatif ini melibatkn peruntukan sekitar RM1 bilion bakal memanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas (dewasa), merangkumi golongan B40 dan M40.

Bantuan e-wallet RM100 merupakan inisiatif terbaharu yang diumumkan Kerajaan Perpaduan bagi golongan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 ke bawah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI