fbpx

Ahli Lembaga Pengarah Nasi Kandar direman bersubahat dokumen palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek diiringi pegawai SPRM Pulau Pinang ke Mahkamah Majistret George Town, Pulau Pinang pagi tadi. Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

GEORGE TOWN – Seorang ahli lembaga pengarah sebuah syarikat nasi kandar popular ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini selepas disyaki bersubahat dalam mengemukakan dokumen palsu bagi Program Penggajian dan Penempatan Semula pekerja warga asing.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Nadratun Naim Mohd. Saidi di Mahkamah Majistret di sini, pagi tadi.

Lelaki berusia 43 tahun itu hadir ke mahkamah dalam keadaan kedua-dua tangan bergari sambil diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), kira-kira pukul 8.56 pagi.

Sumber berkata, sekitar Disember 2022, suspek dipercayai telah bersubahat dengan seorang pegawai Jabatan Imigresen (JIM) Pulau Pinang dalam mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu.

“Dokumen tersebut adalah berkaitan Program Penggajian dan Penempatan Semula atas nama seorang individu yang merupakan pekerja di syarikat swasta terbabit (nasi kandar popular) kepada pihak JIM bagi proses penghantaran pulang pekerja asing.

“Siasatan dijalankan di bawah kesalahan Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” katanya di sini, hari ini.

Jelas sumber lagi, suspek kedua berusia 32 tahun yang kini di lokap SPRM Pulau Pinang akan dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas selesai memberi keterangan dalam tempoh 24 jam.

Tangkapan ke atas kedua-dua suspek dilakukan di lokasi berasingan di sekitar negeri ini semalam. – KOSMO- ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI