fbpx

Pengarah syarikat direman kemuka penyata bank palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ketika dibawa untuk proses reman di Mahkamah Shah Alam, Selangor hari ini. Foto olwh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

SHAH ALAM – Seorang pengarah syarikat direman empat hari bagi membantu siasatan mengemukakan penyata bank mengandungi butir matan palsu, empat tahun lalu.

Ini bagi membolehkan suspek berusia 30an itu mendapatkan kerja-kerja perkhidmatan pembersihan dan penyelenggaraan landskap sebuah bangunan kerajaan berjumlah lebih RM170,000.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, suspek terdahulu ditahan kira-kira pukul 3.30 petang semalam ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek mengemukakan penyata bank yang mengandungi butir matan palsu bagi memenuhi syarat penilaian kewangan ketika menyertai perolehan secara sebut harga pada tahun 2019.

“Ini melibatkan kerja-kerja perkhidmatan pembersihan dan penyelenggaraan landskap sebuah bangunan berjumlah lebih RM170,000.

“Projek tersebut adalah bagi dua tahun bermula 2019,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI