fbpx

Konflik Palestin-Israel: Hamas kata Zionis berbohong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN mayat mangsa serangan hospital Al Ahli di Gaza semalam. – AFP

BANDAR GAZA – Rangkaian Hamas hari ini menyifatkan dakwaan tentera Israel bahawa pihaknya bertanggungjawab ke atas serangan sebuah hospital di Gaza sebagai ‘pembohongan’.

Agensi berita AFP melaporkan 200 orang terbunuh dalam serangan udara di pekarangan Hospital Ahli Arab, manakala menurut sebilangan media lain, angka korban mencecah 500 orang.

Hospital itu menempatkan mangsa yang cedera dan menjadi tempat pelarian Palestin berlindung. 

Hamas berkata, Israel adalah dalang serangan kejam tersebut.

“Musuh Zionis cuba sedaya-upaya untuk mengalihkan tanggungjawabnya  ke atas pembunuhan beramai-ramai di Hospital Nasional Arab Baptis (Hospital Al Ahli) menerusi pembohongan dan menuding jari kepada pejuang Palestin,” 

“Kami mengesahkan bahawa tuduhan oleh musuh kami (Israel) adalah palsu dan tidak berasas,” kata Hamas dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan sama, hospital itu telah diarah dikosongkan oleh Israel menerusi ancaman pengeboman, manakala sebutir bom yang digugurkan oleh pesawat tentera Israel menjadi punca tragedi itu.  – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI