fbpx

Insiden tembakan di pusat beli-belah, lapan cedera.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis berkawal di sebuah pusat beli-belah selepas satu kejadian tembakan berlaku di situ semalam. - AFP

WAUWATOSA, WISCONSIN – Seramai lapan orang cedera dalam satu kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di bandar Wauwatosa, negeri Wisconsin, Amerika Syarikat (AS) semalam.

Jurucakap Polis Wauwatosa berkata, mangsa yang cedera termasuk tujuh dewasa serta seorang remaja dan kesemua mereka telah dikejarkan ke hospital.

“Sejurus anggota polis tiba di tempat kejadian, suspek didapati telah melarikan diri dari situ.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek dikenal pasti sebagai lelaki kulit putih dan berusia dalam lingkungan 20-an atau 30-an,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, penyiasat dan anggota dari Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) serta Pejabat Sherif Daerah Milwaukee turut berada di tempat kejadian untuk membantu siasatan.

Sebuah video yang tular di media sosial sempat merakam kejadian berkenaan yang menunjukkan orang ramai cemas mencari tempat berlindung bagi mengelak daripada terkena tembakan.

Seorang saksi, Jill Wooley berkata, dia bersama ibunya yang berusia 79 tahun ketika kejadian tembakan tersebut berlaku.

“Apabila terdengar bunyi seperti letupan itu, saya tahu ia merupakan bunyi tembakan dan ia berterusan berlaku. Kami terus berbaring di lantai untuk mengelakkan terkena tembakan.

“Kita semua terdedah dengan kejadian tembakan di tempat awam seperti ini. Saya rasa kami semua sudah tahu apa yang perlu dilakukan dalam situasi tersebut,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI