fbpx

McDonald’s Malaysia sumbang RM1 juta kepada Dana Kemanusiaan Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
McDonald’s Malaysia tampil buat penjelasan tindakan McDonald’s Israel bersifat peribadi.

PETALING JAYA – Demi menyahut keputusan kerajaan, McDonald’s Malaysia menyumbang RM1 juta kepada Dana Kemanusiaan Palestin sebagai tanda sokongan terhadap mereka yang terjejas akibat konflik di Gaza.

Menurut Gerbang Alaf Restaurants Sdn. Bhd. dalam sebuah kenyataan, tindakan tersebut selaras dengan hasrat muni kerajaan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, minggu lepas.

“Usul Perdana Menteri untuk memperuntukkan RM10 juta kepada Dana Kemanusiaan Palestin adalah sejajar dengan komitmen kami untuk menyokong mereka yang terjejas akibat konflik di Gaza.

“Lantaran itu, McDonald’s Malaysia berganding bahu bersama kerajaan dalam menyokong pendanaan ini dengan harapan supaya membantu rakyat Palestin yang sedang menghadapi masa yang sukar,” jelasnya.

Katanya, sumbangan McDonald’s tersebut secara langsung diharapkan dapat menyokong misi bantuan kemanusiaan di Gaza, lantas memenuhi keperluan kritikal bagi mereka yang terjejas akibat konflik tersebut.

“Bantuan ini meliputi perubatan, makanan, tempat tinggal, dan bantuan pemindahan sekiranya diperlukan oleh pasukan penyelamat.

“Komitmen kami tertumpu sepenuhnya dalam menyediakan keperluan asas kepada mereka yang dalam kesusahan.
Kami yakin semangat kerjasama dapat membantu dalam masa yang genting ini,” katanya.

Selain sumbangan tersebut, McDonald’s Malaysia juga menggalakkan pekerja-pekerjanya dari seluruh negara untuk menyertai usaha pengumpulan dana.

“Kami berharap usaha ini akan memberi impak yang bermakna dalam kehidupan mereka yang terkesan di Gaza,” ulasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI