fbpx

Penduduk kecoh 5 kubur muncul di tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Binaan menyerupai kubur ini bertujuan untuk memberi amaran kepada penduduk agar tidak membuang sampah merata-rata. – DETIK

JAKARTA – Penduduk Purwakarta, wilayah Jawa Barat kecoh selepas deretan lima ‘kubur’ yang lengkap dengan kain putih dan ditaburi bunga muncul di tepi sebatang jalan raya, lapor laman berita Detik semalam.

Beberapa gambar menunjukkan keadaan ‘kubur-kubur’ tersebut tular di media sosial dengan orang ramai tertanya-tanya.

Ketua Kampung Cinangka, Ida Marlina kemudian tampil menjelaskan bahawa ‘kubur-kubur’ itu adalah palsu yang sengaja dibina bagi memberi amaran kepada penduduk agar tidak membuang sampah merata-rata.

“Terdapat banyak longgokan sampah-sarap di kawasan jalan tersebut sebelum ini.

“Saya sudah letih dan bosan dengan keadaan jalan yang dipenuhi longgokan sampah. Setiap minggu saya terpaksa membersihkan sampah. 

“Namun, selepas dibersihkan, masih ada lagi penduduk yang membuang sampah,” katanya.

Tambah Ida, disebabkan itu, dia mendapat idea untuk meletakkan tanah merah dan menghasilkan  bentuk menyerupai kubur bagi menakut-nakutkan orang ramai agar tidak membuang sampah.

“Dulu pernah juga kami buat begitu tetapi tidak menjadi tular. Namun, Alhamdulillah kerana keadaan di lokasi terbabit bertukar  bersih untuk beberapa ketika.

“Namun, disebabkan kawasan itu kembali kotor, kami sekali lagi membuat binaan lima ‘kubur’,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI