fbpx

Kalau wali sah kata sah, maka sah la – Angeline Tan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sabri dan Angeline Tan diraikan dalam sebuah majlis resepsi di sebuah stesen radio hari ini.

PETALING JAYA – “Kalau wali sah kata sah maka sah lah dia bukan wali sah kita”. Demikian respons ringkas pelakon, Ardini Angeline Tan susulan isu status perkahwinannya bersama pelakon dan pengarah, Sabri Yunus yang dikatakan tidak sah.

Angeline ketika ditemui pemberita selepas majlis resepsi yang diadakan di sebuah stesen radio hari ini berharap pihak tertentu yang cuba menimbulkan spekulasi negatif mengenai status perkahwinannya bersama Sabri untuk tidak lagi mengeruhkan keadaan.

“Bagi Angeline seorang yang baru masuk Islam, Angeline bukan faham sangat hukum kan, jadi dia (pihak tertentu) yang belajar tinggi dia lebih faham fitnah macam ini apa hukumnya. Jadi antara di dengan Allah,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Sabri Yunus terkilan dengan tuduhan seorang ustaz yang mendakwa pernikahannya bersama Angeline Tan adalah tidak sah.

Jelas Sabri yang juga dikenali Pok Ya itu, paling menyedihkan apabila ustaz terbabit juga terus membuat kesimpulan bahawa dia dan pasangannya itu akan berzina jika perkahwinan tersebut tidak sah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI