fbpx

Pengacara bertelagah, ini nasihat Sarimah Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELAKU pengacara berpengalaman, Sarimah menasihati mereka yang terbabit dalam dunia pengacaraan agar bersikap profesional ketika mengendalikan program televisyen.

MUAK melihat drama segelintir pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim menitipkan peringatan buat mereka yang terbabit dengan dunia pengacaraan agar menunaikan tanggungjawab dengan profesional.

Kata hos berpengalaman itu, fokus utama dalam sesebuah pertandingan adalah peserta dan prestasi mereka, bukan perbalahan atau persaingan sesama pengacara.

“Saya tidak boleh tengok artis bertelagah di atas pentas mahupun di belakang pentas dan jadikan perkara ini sebagai hal peribadi serta mengenai diri mereka sahaja.

“Sekali lagi saya tekankan, mengacara adalah kerja menghibur, bukan saling berdebat dan sentiasa ingin menang.

“Biarkan peserta menyinar di atas pentas sementara kita pula menjadi tulang belakang yang positif buat mereka,” katanya menerusi ciapan di platform X.

Enggan disalah erti, penyanyi Kini Kau Tiada itu menjelaskan tegurannya itu tidak ditujukan kepada individu tertentu.

Malah, Sarimah, 45, juga menegaskan tiada niat menyindir sesiapa, sebaliknya berharap semua pihak memperbaiki kelemahan.

“Tidak. Teguran ini bukan ditujukan kepada orang tertentu secara spesifik, cuma nasihat secara menyeluruh.

“Tapi siapa yang makan cili, tahu-tahulah ya. Kita semua boleh perbaiki kerja kita,” tambahnya dalam ruangan komen.

Melihat kepada status tersebut, seolah-olah dia menyentuh isu yang berlaku antara pengacara pertandingan realiti popular, All Star Gegar Vaganza (GV10).

Semuanya bermula selepas bekas hos program itu, Elly Mazlein meluahkan rasa berang terhadap sikap sombong pihak tertentu dalam Instagram Story.

Dalam luahan itu, penyanyi dan pelakon terbabit mendedahkan terpaksa melupakan tanggungjawab kerana ingin memberi laluan kepada seseorang.

Rentetan itu, pemerhati dunia hiburan turut mengaitkannya dengan isu dalaman membabitkan pengacara program popular terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI