fbpx

Euro 2024: Naluri gol Ronaldo masih tebal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO menambah koleksi jaringan di peringkat antarabangsa apabila meledak dua lagi gol ketika menentang Bosnia awal pagi semalam. - AFP

ZENICA – Penggempur sensasi Portugal, Cristiano Ronaldo terus mengukuhkan namanya sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman apabila meledak dua lagi gol untuk membantu negaranya membelasah Bosnia Herzegovina 5-0 pada aksi kelayakan Euro 2024 awal pagi semalam.

Walaupun sudah mengesahkan tempat ke pusingan akhir tahun depan, skuad kendalian Roberto Martinez langsung tidak mengendurkan kualiti untuk memastikan rekod bersih dalam lapan perlawanan Kumpulan J.

Ronaldo menyempurnakan penalti seawal minit kelima sebelum menambah jaringan di pertengahan babak pertama.

Kedudukan Portugal makin selesa, menyaksikan Bruno Fernandes, Joao Cancelo dan Joao Felix melengkapkan tiga lagi gol buat skuad Selecao.

Sejak melakukan debut pertama dengan Portugal pada 2003, dua jaringan ini melengkapkan gol ke 127 Ronaldo dalam 203 penampilan bersama Portugal.

Dua lagi pemain yang masih aktif dalam senarai lima teratas, Lionel Messi dan Sunil Chhetri jauh di belakang Ronaldo, kedua-duanya hanya merekodkan 104 dan 93 jaringan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI