fbpx

Kompaun RM1.2 juta untuk kaki rokok di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengeluarkan sebanyak 5,386 notis kompaun kesalahan berkaitan merokok sejak awal tahun ini.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, nilai keseluruhan notis kompaun tersebu adalah melebihi RM1. 2 juta.

“Antara kesalahan yang paling banyak dikesan adalah merokok di kawasan larangan iaitu sebanyak 3,465 kes, merokok di tempat diwartakan (1,195 kes), bawah umur (485 kes) dan tidak pamer papan tanda larangan merokok (130 kes).

“Kesalahan menjual atau menawarkan jualan hasil tembakau dengan harga runcit yang tidak diluluskan (36 kes) dan tidak mematuhi harga siling rokok (28 kes),” katanya di sini hari ini.

Kasemani berkata, notis kompaun turut dikeluarkan kepada lapan peniaga yang gagal memastikan tiada perokok di dalam premis.

Notis kesalahan rokok paling banyak dikeluarkan di Kemaman iaitu 854 diikuti Dungun (807), Hulu Terengganu (804) dan Kuala Terengganu (726).

Sebanyak 692 notis kompaun lagi dikeluarkan menerusi pemeriksaan di kawasan larangan di Besut, Setiu (633), Marang (476) dan Kuala Nerus (394).

Kesemua notis kompaun itu dikeluarkan mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 melibatkan kompaun RM50 sehingga RM500. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI