fbpx

Dewan Rakyat: Kerajaan tanggung subsidi ayam, telur RM3.7 bilion sejak 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri memaklumkan langkah kerajaan melaksanakan pengapungan harga ayam dan telur di pasaran adalah untuk memastikan subsidi yang peruntukan sebelum ini hanya kepada golongan yang berhak, bukan untuk warga asing atau golongan kaya-raya.

Ini kerana kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, sejak tahun 2022, kerajaan telah menanggung subsidi ayam dan telur kira-kira RM3.7 bilion.

Bagaimanapun katanya, pemberian subsidi itu telah mendatangkan keuntungan kepada kira-kira 3.5 juta warga asing, selain 10 peratus golongan ‘maha kaya’ dalam negara.

“Melihat keadaan harga pasaran sekarang, bila harga itu kurang daripada harga siling seperti sekarang dan harga ayam dan telur di Thailand lebih rendah daripada Malaysia, maka tiba masanya kita apungkan.

“Kalau benar ada kekurangan kita akan cambahkan daripada stok, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mempunyai 30 peratus stok ayam dan telur dan saya telah beritahu menteri untuk membeli dari Thailand andai kata ada keperluan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang meminta Perdana Menteri menyatakan jaminan kerajaan bahawa langkah mengapungkan harga ayam dan telur tidak akan membebankan rakyat yang sedang berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI