fbpx

Pelajar cemerlang Universiti Antarabangsa Albukhary ditembak Israel, tidak sempat balik Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sulaiman syahid akibat ditembak tentera Israel di Mesir ketika dalam perjalanan pulang ke Malaysia.

PETALING JAYA – Seorang pelajar Palestin, Sulaiman J.S. Abuanza dilaporkan maut ditembak oleh tentera Israel ketika dalam perjalanan pulang dari Gaza ke Malaysia.

Penuntut tahun kedua Sarjana Muda Komputer (Kepujian), Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) itu pada awalnya telah kembali melawat keluarganya di Gaza semasa cuti semester lalu selain perlu melakukan pembedahan lasik untuk matanya di sana.

Menurut pensyarahnya, Osaid Abdaljawwad, insiden malang yang menimpa pelajarnya itu adalah sewaktu Sulaiman melalui laluan di Mesir pada 7 Oktober lalu sebelum dia dibunuh oleh penembak tepat Israel di kawasan berhampiran dengan sempadan antara Gaza dan tanah yang dikawal oleh tentera rejam tersebut.

“Sulaiman merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan berbakat dengan CGPA 3.65, di samping kecemerlangan akademiknya yang luar biasa dalam kalangan rakan sebayanya dia menyumbang kepada banyak projek sosial di universiti termasuk projek perniagaan sosial (kawasan Niche AIU).

“Rakan sekelasnya menyifatkan dia sebagai seorang yang suka membantu dan menyokong dan dia pernah menawarkan sebarang bantuan kepada rakan sekelasnya.

“Sulaiman menyimpan negara tercinta Palestin di dalam hatinya sepanjang masa. Bersama-sama dengan rakan senegaranya, dia bekerja keras untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu Palestin di kalangan pelajar universiti dan dia menganjurkan banyak acara dan program tentang Palestin di kampus AIU,” kongsinya kepada Kosmo! hari ini.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan memaklumkan, angka kematian rakyat negaranya akibat serangan udara Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza meningkat kepada 2,808 orang dalam masa 10 hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI