fbpx

RM29,040 duit simpanan lesap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noorzainy.

SEBERANG PERAI – Hasrat dua individu untuk membuat pinjaman wang daripada sebuah syarikat bukan sahaja tidak kesampaian, bahkan wang simpanan milik mereka lesap dipercayai akibat ditipu sindiket pinjaman wang tidak wujud semalam.

Mangsa yang merupakan pekerja swasta lelaki berusia 29 tahun dan wanita 57 tahun itu dikatakan mula terjerat dalam penipuan itu selepas tertarik dengan iklan di laman sosial Facebook baru-baru ini.

Mereka yang berasal dari Telok Ayer Tawar dan Butterworth di sini telah meninggalkan maklumat peribadi kepada pengendali Facebook itu selepas mempercayai kononnya iklan tersebut adalah daripada sebuah bank.

Difahamkan, kedua-dua mangsa berhasrat membuat pinjaman wang untuk dijadikan modal perniagaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mereka yang dihubungi ejen telah diminta membayar sejumlah wang sebagai upah proses dan mengaktifkan akaun.

“Mangsa masing-masing mahu membuat pinjaman RM20,000 dan RM60,000 dan telah berkomunikasi dengan dua individu berbeza yang mendakwa ejen bank dan syarikat.

“Mereka telah membuat pembayaran seperti diminta ke dalam tiga bank berasingan iaitu masing-masing berjumlah RM15,400 dan RM13,640,” katanya kepada pemberita hari ini.

Noorzainy berkata, kedua-dua mangsa bagaimanapun menyedari ditipu selepas ejen tersebut berterusan meminta wang daripada mereka sebelum masing-masing membuat laporan polis semalam.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI