fbpx

Lagi kes teman lelaki tampar kekasih dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian pergaduan tersebut yang tular di laman X.

PETALING JAYA – Tular sebuah rakaman memaparkan tindakan seorang lelaki menampar bekas kekasihnya dalam sebuah kereta di tepi jalan.

Rakaman yang diambil secara senyap melalui telefon bimbit wanita itu ternyata menimbulkan kemarahan netizen yang menyifatkan lelaki tersebut seorang dayus.

Difahamkan pergaduhan tersebut berpunca daripada perselisihan faham dan perang mulut antara pasangan terbabit.

Menerusi perkongsian pengguna laman X @khaiishk pada malam tadi, dia memaklumkan wanita itu adalah rakannya yang meminta bantuan bekas kekasihnya untuk membawa ke klinik disebabkan kurang sihat.

“Kawan aku mintak tolong bekas kekasih dia hantar ke klinik sebab sakit. Kemudian lepas balik dari klinik si jantan (bekas kekasih) parkir kereta tepi kemudian secara tiba-tiba nak naik tangan bagai,” ciapnya.

Dalam rakaman yang sama, kedengaran suara wanita terbabit menangis teresak-esak apabila diperlakukan kasar oleh bekas kekasihnya itu sambil disoal beberapa pertanyaan.

Bagaimanapun, perincian lanjut mengenai kejadian belum dapat dipastikan.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! terhadap reaksi yang diberikan beberapa pengguna lain mendapati ramai meminta wanita terbabit membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.

“Lapor polis dik (wanita) oi, biar jantan macam itu tahu akibatnya,” pesan Akhirin.

“Bercinta pun berani naik tangan pukul anak orang, dah jadi suami mahu lembek bini kau kena belasah, jadi lelaki biar beradab sikit, jangan nak tunjuk kuat kau sahaha, depan perempuan boleh la kau naik tangan, cuba bertemu ruas, mahu kecut,” tegur @Amirxx. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI