fbpx

Mayat warga emas ditemui terapung di Sungai Kinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT seorang wanita warga emas dijumpai terapung di Sungai Kinta berhampiran Taman Desa Aman, Ipoh hari ini.-IHSAN JBPM

IPOH – Mayat seorang wanita warga emas ditemui dalam keadaan terapung di Sungai Kinta berhampiran Taman Desa Aman di sini hari ini.

Mayat mangsa dikenali Jama’ah Hamid, 67, itu dijumpai di tepi sungai oleh orang awam ketika ingin memancing.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 4.31 petang yang memaklumkan berlaku kejadian lemas di Sungai Kinta.

Katanya, siasatan di lokasi kejadian mendapati warga emas itu dijumpai orang awam dalam keadaan terapung dengan jala masih di tangannya.

“Pemeriksaan di sekitar tempat kejadian tidak menjumpai apa-apa mencurigakan kecuali basikal dipercayai milik mangsa yang berada di tebing sungai.

“Malah, pemeriksaan awal pada badan mangsa juga tidak menjumpai sebarang kesan kecederaan mahupun unsur jenayah,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI