fbpx

19 sekatan jalan raya PKPB di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MACHANG – Sebanyak 19 sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan di seluruh negeri ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan berkuat kuasa bermula hari ini sehingga 6 Disember depan.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, SJR yang dijalankan kali ini memberi penekanan pada kawalan pergerakan antara daerah.

“Bilangan SJR yang dilaksanakan mengikut jumlah persempadanan di setiap daerah. Seramai 200 orang anggota akan ditempatkan di setiap SJR.

“Pihak polis juga akan dibantu oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam pelaksanaan SJR kali ini. Bagaimanapun, pasukan ATM akan mula berada di lokasi SJR bermula Isnin ini,” katanya ketika ditemui pemberita di SJR Pulai Chondong di sini malam tadi.

Menurut Shafien, agensi-agensi seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) juga memberi bantuan daripada aspek logistik bagi memastikan perjalanan SJR di semua tempat berjalan lancar.

Katanya, beliau menyarankan agar semua rakyat Kelantan untuk duduk di rumah serta mematuhi prosedur operasi standard ( SOP) yang ditetapkan sehingga PKPB kali ini tamat.

“Ia khusus kepada masyarakat di daerah Machang yang berdepan dengan penularan Kluster Mengketil yang merebak dengan cepat.

“Begitu juga dengan penduduk dari daerah lain dinasihatkan agar tidak memasuki daerah Machang. Jika tiada urusan yang penting, jangan keluar rumah buat sementara waktu sehingga rantaian wabak Covid-19 dapat diputuskan,” katanya.

Menurut Shafien, pergerakan rentas daerah perlu mendapatkan surat kebenaran pihak polis atau surat pengesahan pekerjaan daripada majikan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI