fbpx

Cik B persis Cardi B, Sherry al-Hadad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAYA rambut kerinting mengancam anak Datuk Vida, Cik B dipuji netizen.

Baru-baru ini tular sekeping foto milik pelakon baharu, Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin atau nama popularnya Cik B dalam media sosial yang mengejutkan ramai netizen dalam media sosial.

Foto berkenaan memaparkan perubahan imej Cik B kelihatan lebih ranggi dengan dandanan rambut diberi gaya kerinting, berbeza daripada imej asalnya sebelum ini.

SOLEKAN juga membuatkan wajah Cik B persis Sherry al-Hadad.

Ramai turut memuji solekan wajah Cik B kerana dianggap berjaya memberi satu tranformasi ketara.

Gambar tersebut mula tular dalam media sosial selepas dimuat naik sendiri oleh anak kepada jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida itu dalam Instagramnya.

Difahamkan perubahan imej berkenaan bagi memenuhi tuntutan sebuah sesi fotografi.

Rata-rata netizen terpukau dengan kecantikan Cik B dan menyifatkan pelakon Lelaki Lingkungan Cinta itu memiliki kejelitaan yang asli.

Selain itu, ramai juga yang mengatakan wajah Cik B seperti penyanyi antarabangsa, Cardi B dan pengacara terkenal, Sherry al-Hadad.

Bahkan, ada yang mengatakan tidak mengenali gadis tersebut kerana perubahan imej yang disifatkan sebagai cantik dan glamor.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI