fbpx

Janna Nick dilabel netizen pengacara toksik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANNA dicop netizen sebagai pengacara toksik disebabkan kelantangan mulutnya memerli fenomena rancangan realiti lain.

PETALING JAYA – “Kurang minat dengan pengacara wanita ini. Dari awal rancangan memang kena perli rancangan lainkah?”

Demikian persoalan netizen terhadap hos Famili Duo musim ketiga (FD3), Janna Nick yang didakwa kerap memerli rancangan realiti lain iaitu All Stars Gegar Vaganza (GV10) yang bersiaran pada waktu dan hari yang sama dengan program terbitan TV3 itu.

Janna yang diamanahkan sebagai pengacara bersama penyanyi Izzue Islam itu didakwa kerap menyindir GV10 semata-mata ingin menarik perhatian penonton.

Ketika perbualan ringkas, isteri kepada aktor Dini Schatzmann itu memaklumkan kehebatan FD3 yang mampu bersiaran langsung dua kali dalam tempoh setahun.

“Pernah tak ada program realiti lain buat satu tahun dua kali? Tiada.

“Ini sebab ramai penaja masuk. Nak capai 10 musim tidak perlu tunggu 10 tahun sebaliknya tiga tahun sudah cukup,” selorohnya.

Kenyataannya tersebut tidak disenangi netizen sehingga melabelnya sebagai individu toksik.

“Pengacara wanita toksik. Boleh gantikan orang lain yang sesuai dengan Izzue Islam,” kata netizen.

“Janna Nick, walaupun ini kerja awak sebagai pengacara, terserlah realiti pengacaraan rancangan paling toksik,” kongsi netizen lain.

“Di Malaysia tiada pengacara lain? Meleret dan perli-perli. Nanti netizen kutuk terus kemurungan,” sindir netizen lagi.

Semalam, FD3 membuka tirai menampilkan enam duo adik-beradik iaitu Syaiful dan Sharif; Shila dan Syahir Amzah; serta Ryan dan Adam Bakery.

Antara duo lain iaitu pasangan suami isteri, Fuad Rahman dan Tom serta saudara mara Haqiem Rusli dan Ariff Bahran.

Program yang menyaksikan enam pasangan duo bakal bersaing selama lapan minggu itu menawarkan RM100,000 bagi juara edisi ke tiga ini.

Pemenang dipilih bersandarkan pemarkahan juri sebanyak 70 peratus, manakala undian dalam talian melalui Tonton membabitkan 30 peratus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI