fbpx

Lee Ga-eun tersingkir sebab manipulasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LE GA-EUN

PENYANYI dan pelakon Lee Ga-eun merupakan seorang daripada mangsa permainan manipulasi undian dalam program Produce 48 .

Sepanjang berjuang dalam program berkenaan, Ga-eun merupakan peserta paling menyerlah. Dia juga sepatut berada di tangga kelima pada episod final program berkenaan, namun tersingkir dek manipulasi undian.

Situasi itu sekali gus menggagalkan dirinya tampil sebagai seorang daripada anggota IZ*ONE. 

Selepas laporan manipulasi atau penipuan tersebut dikeluarkan, agensi High Entertainment memberitahu, mereka telah berbincang secara baik dengan Ga-eun.

“Ga-eun enggan mengambil tindakan terhadap isu ini. Dia kini aktif sebagai pelakon dan terus belajar muzik,” ujar agensi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI