fbpx

Mualaf ‘pergi’ menemui ajal tidak sempat jumpa ibu kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Aisyah (kiri) menunjukkan gambar Muhammad Qusyairie.

PORT DICKSON – Hasrat seorang pemuda berketurunan Iban untuk bertemu ibu kandungnya selepas memeluk Islam enam bulan lalu tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan dengan dua buah motosikal di Kilometer 8 Jalan Pantai di sini semalam.

Ibunya, Nur Aisyah Muli, 49, seakan tidak percaya anak keempat daripada lima beradik itu Nicholas Lasah Anak Linggie, 21, atau nama Islamnya, Muhammad Qusyairie Linggie telah meninggal dunia dan kali terkahir mereka berhubung melalui khidmat pesanan ringkas minggu lalu.

“Anak ada menyatakan hasrat untuk bertemu saya di Sarawak selepas kami tidak berjumpa lebih 10 tahun, tetapi dia kata kebetulan tidak dapat cuti dan masih tidak cukup wang untuk pulang.

“Walaupun tidak berjumpa, kami sangat rapat dia ada telefon dan mesej, baru-baru ini dia beritahu tidak berapa sihat dan sering pening kepala,” katanya ketika ditemui di Pusat Forensik Hospital Port Dickson di sini hari ini.

Walaupun sedih, Nur Aisyah bersyukur anaknya itu sempat memeluk Islam atas kerelaan sendiri sejak bulan April lalu sebelum menemui ajal.

“Saya memeluk Islam pada tahun 2019, Muhammad Qusyairie merupakan satu-satunya anak saya yang memeluk Islam dan adik beradik yang lain masih beragama Kristian,” katanya yang datang bersama suaminya dari Samarahan, Sarawak menerusi penerbangan awal pagi tadi.

Menurut Nur Aisyah, sejak dari kecil Muhammad Qusyairie kurang mendapat kasih sayang daripada ibu bapa selepas dia dan suami berpisah dan kini dia telah berkahwin dengan suami baharu, Sazali Eli, 57, sebulan selepas memeluk Islam pada 2019.

Muhammad Qusyairie berdikari dengan berhijrah ke Semenanjung Malaysia sejak empat tahun lalu untuk bekerja.

Sementara itu, ayah tiri mangsa, Sazali berkata, dia sangat sedih dan terkilan apabila hanya dapat bertemu dengan jasad arwah buat kali terkahir walaupun sering berhubung dalam masa sama reda dengan pemergian arwah yang meninggal dalam keadaan bersih sebagai mualaf baharu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI