fbpx

Positions Ariana Grande sedikit longlai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARIANA GRANDE

PENULIS tahu dan maklum tentang soal remeh-temeh insiden sindiran antara dua hos berlainan era, Nabil Ahmad dan Azwan Ali. Pada akhirnya, netizen pula yang seolah-olah dipersalahkan kerana menjadi orang tengah, konon-kononnya melaga-lagakan dua selebriti itu. 

Dari bibir Nabil mahupun Azwan, kedua-duanya menafikan wujud masalah antara satu sama lain. Seperti didedahkan Azwan dalam program MeleTOP, Nabil dianggapnya sebagai adik sendiri. 

Tiada isu percakaran antara mereka. Bagi penulis mudah, itulah ‘showbiz’.

Berhenti di situ, ayuh bercakap tentang budaya pop yang pengaruhnya ‘mendunia’, antaranya impak kemunculan album terbaharu oleh penyanyi yang mempunyai pengikut Instagram paling ramai di muka bumi. Pemilik diskografi tersebut, tidak lain dan tidak bukan, Ariana Grande. 

 Sejujurnya, penulis seorang Arinator (nama timangan buat kumpulan penyokong Ariana Grande), namun Positions secara keseluruhan, kurang memuaskan. 

Berbeza dengan karya terakhirnya berjudul Thank U, Next yang diluncurkan tahun lalu, karya tersebut telah memberi impak luar biasa kepada pendengar. 

Berbalik kepada Positions, album berkenaan memuatkan 14 buah lagu. Lagu dengan judul yang sama, Positions dipilih sebagai single perdana. 

Biarpun meroket di tangga pertama Billboard Hot 100, lagu berkenaan barangkali antara single perdana paling lemah dendangan penyanyi berusia 27 tahun  berbanding lagu-lagu yang pernah dizahirkan sebelum ini. 

Penulis faham, ada segelintir peminat yang menyifatkan Positions sebagai Sweetener 2.0. Sweetener merupakan album studio keempat Grande yang disifatkan penyokong sarat ‘kemanisan’ dan tanggapan tersebut tidak salah. 

Kendatipun begitu, untuk tahun 2020 ini, penulis antara jutaan peminat yang mengharapkan Grande tidak mengundur ke belakang sebaliknya bergerak ke hadapan. 

Sehingga kini, Thank U, Next unggul dalam jiwa penulis sebagai antara album terbaik tahun lalu. 

ARIANA GRANDE disifatkan tidak mampu mengekalkan rentak dan momentum yang diraih menerusi Thank U, Next dalam Positions.

Terlalu mengundur

Persoalannya, mengapa Grande tidak berinovasi atau berevolusi melahirkan karya lebih segar dan bergerak ke hadapan? 

Mungkin Grande mahukan kelainan, namun pada masa sama, mengimbau kejayaan lampau. 

Pada halwa telinga penulis, kebanyakan lagu dalam album Positions sukar untuk melekat dalam minda. Semua tidak catchy, tidak seperti album terdahulunya (maaf terpaksa menggunakan analogi ini berulang kali). 

Secara peribadi, itulah realitinya, respons jujur terhadap terjemahan Grande melalui Positions. Single kedua, 34+35 pula kedengaran tidak berbeza dengan kebanyakan lagu yang terkandung dalam Positions. 

Bagaimanapun, lagu tersebut masih mempunyai pesona sebutir bintang bernama Ariana Grande. Vokal merdu dilontarkan secara ala kadar sedangkan umum tahu tahap kualiti Grande.  Sayangnya, kelebihan tersebut dicernakan baik dalam 34+35 mahupun trek yang lain. 

Secara peribadi, lagu paling melekat dalam kepala penulis ialah Off The Table (featuring The Weeknd). Bukan sahaja melekat, kualitinya juga bertaraf ‘olimpik’. 

Off The Table merupakan kerjasama kedua Grande dan The Weeknd selepas Love Me Harder (2014).

Sebagai pendukung muzik The Weeknd, penulis sedikit berat sebelah terhadap single tersebut. Biarpun kualitinya hanya ‘biasa-biasa’ berbanding Love Me Harder, karya itu tetap pilihan penulis berbanding trek yang lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI