fbpx

Ingatkan hantu, rupanya betul ada orang tepuk bahu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – “Ingatkan ada ‘benda lain’ yang pegang bahu, rupanya saya salah kiblat!”

Begitulah cerita yang dikongsikan seorang wanita di laman Twitter @ciraplaici. Menurutnya, ketika kejadian, dia terpaksa solat seorang diri di sebuah hentian rehat dan rawat (R&R) sekitar pukul 11 malam.

“Pada waktu itu, keadaan surau memang sangat sunyi. Lebih menakutkan, lampu di tempat ambil wuduk pula berkelip-kelip.

“Bila saya sembahyang seorang diri, mulalah nak fikir yang bukan-bukan. Saya rasa ada sesuatu yang memerhatikan saya ketika sembahyang,” katanya.

Tambah wanita tersebut, keadaan surau yang sunyi, ditambah pula dengan telekung yang digantung pada dinding membuatkannya rasa seram sejuk. Namun, dia cuba untuk kekal khusyuk dalam solat walaupun rasa takut menguasai diri.

“Tetapi, selepas rakaat pertama, saya rasa bahu saya disentuh oleh seseorang.

“Saya ingatkan itu cuma perasaan saya, jadi saya abaikan sahaja. Tetapi bahu saya disentuh lagi buat kali kedua. Pada waktu ini, Tuhan sahaja yang tahu apa perasaan saya,” ujarnya.

Namun, wanita tersebut teruskan solat seperti biasa walaupun mula berasa takut dan berdebar.

“Tetapi, orang itu tepuk saya lagi buat kali ketiga, kali ini lebih kuat daripada sebelumnya.

“Masa itu saya terperanjat jadi saya pandang belakang. Rupanya, ada seorang mak cik cuba untuk tegur saya. Saya salah kiblat rupanya,” katanya.

Selepas menyedari kesilapannya, wanita tersebut terus mengucapkan terima kasih kepada mak cik yang menegurnya sebentar tadi.

“Selepas ditegur, saya rasa lega sedikit sebab saya ingatkan ada ‘benda’ lain yang mengganggu.

“Tapi, saya tidak ada dengar bunyi apa-apa pun semasa sembahyang. Tak ada bunyi tapak kaki atau bunyi pintu dikuak pun,” jelasnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa geli hati dengan cerita yang dikongsikan oleh pengguna tersebut.

“Selepas ini, kalau nak tegur orang yang salah kiblat, sebut Subhanallah dan gunakan kedua-dua tangan untuk pusingkan orang tersebut ke arah yang betul. Kalau asyik tepuk tepuk, mestilah orang fikir benda lain,” kata Khaizz.

“Kalau kena dekat aku, memang aku lari dah mengalahkan Usain Bolt,” komen Aleen.

“Terbaik penamat cerita saudari. Saya ketawa tetapi ini juga satu peringatan bagi orang lain, terutamanya mereka yang terpaksa solat di tempat yang sunyi,” kata Redzuan.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 5,508 tanda suka dan 679,000 tontonan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI