fbpx

Mahkamah: Najib, anak perlu bayar tunggakan cukai LHDN RM1.7 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib dan Mohd. Nazifuddin

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya, Datuk Mohd. Nazifuddin perlu membayar tunggakan cukai lebih RM1.7 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim selepas menolak rayuan Najib dan anaknya untuk mengenetepikan penghakiman terus yang diperoleh LHDN untuk mendapatkan nilai tunggakan tersebut.

Dengan keputusan hari ini, LHDN boleh memulakan tindakan pungutan cukai itu bermula hari ini.

Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.

Empat lagi hakim yang turut bersidang ialah Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah, Tan Sri Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Abu Bakar Jais.

Dalam kes ini, peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili bekas Najib dan Mohd. Nazifuddin sementara Ketua Peguam Cara Hasil Dr. Hazlina Hussain, bagi pihak LHDN selaku responden.

Pada 2020, dua Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus bagi mendapatkan semula tunggakan cukai sebanyak RM1.69 bilion daripada Najib, manakala RM37.6 juta daripada Mohd Nazifuddin bagi tempoh antara 2011 dan 2017.

Najib dan anaknya itu kemudian merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan LHDN memasukkan penghakiman terus bagi mendapatkan semula lebih RM1.7 bilion cukai tertunggak daripada mereka.

Pada 9 September 2021, Najib dan Mohd. Nazifuddin gagal dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan penghakiman terus itu namun pada 10 Mei tahun lalu, mereka memperoleh kebenaran untuk meneruskan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Rayuan Najib dan Mohd. Nazifuddin akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan berdasarkan sembilan persoalan undang-undang.

Terdahulu pada 25 Jun 2019, kerajaan menerusi LHDN memfailkan saman terhadap Najib menuntut beliau membayar RM1.69 bilion bagi cukai pendapatan yang belum dibayar, kadar faedah lima peratus setahun dari tarikh penghakiman, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

LHDN, melalui kerajaan Malaysia juga memfailkan writ saman terhadap Mohd. Nazifuddin pada 24 Julai 2019, mendakwanya masih belum membayar cukai untuk tahun taksiran dari 2011 hingga 2017 berjumlah RM37,644,810.73 seperti yang dinyatakan melalui notis taksiran bertarikh 15 Mac 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI