fbpx

PM selar kuasa besar biarkan kekejaman Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang warga Palestin melarikan diri di tengah-tengah runtuhan bangunan selepas serangan udara Israel di kem pelarian Jabalia di Semenanjung Gaza pada 9 Oktober lalu. - AFP

PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan sesetengah kuasa besar dan negara barat yang membiarkan kekejaman Israel terhadap Palestin.

Perdana Menteri berkata, ketika ini, dunia menyaksikan episod getir terhadap Palestin, namun serangan berterusan terus dilakukan Israel.

“(Serangan) itu diteruskan dan disahkan atau dibiarkan oleh kuasa besar pelopor demokrasi, kebebasan, liberalisme barat dan Amerika Syarikat.

“Itu sangat membingungkan,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini tadi.

Menurutnya, sepanjang penglibatan dalam politik, beliau juga tidak pernah terfikir akan muncul gelagat kelompok manusia yang sekejam itu.

“Ini sangat mengesankan dan menyentuh hati nurani saya.

“Selepas pembentangan Belanjawan 2024 Jumaat lalu, pemimpin negara bersama Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir telah menghubungi rakan sejawat di dunia Islam dan serantau bagi membantu meredakan tekanan penduduk Palestin khususnya di Gaza,” katanya.

Pada 7 Oktober lalu, Hamas melakukan serangan mengejut terhadap Israel termasuk serangan roket bertubi-tubi dan penyusupan ke Israel melalui darat, laut dan udara pada hari sambutan perayaan Yahudi.

Hamas berkata, operasi itu sebagai tindakan balas terhadap pencerobohan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur dan keganasan peneroka haram Yahudi yang semakin meningkat terhadap rakyat Palestin.

Rejim Israel kemudian melancarkan Operasi Pedang Besi terhadap sasaran Hamas di Semenanjung Gaza.

Seminggu selepas serangan balas Israel, Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan angka kematian di wilayah itu meningkat kepada 2,600 orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI