fbpx

Konflik Palestin-Israel: Penuntut UUM hubungi keluarga setiap jam di Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamza kini menuntut di UUM dalam Sarjana Muda Perakaunan. -Foto UUM

SINTOK – Seorang penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini menghubungi keluarganya di Rimal, Palestin hampir setiap jam bagi mengetahui perkembangan mereka di sana.

Menurut Hamza Nasri M. Alifranji, 19, dia sangat bimbang dengan keadaan ibu bapanya iaitu Nasri M Alifranji, 55, seorang doktor gigi, dan Rima Alrayes, 49, suri rumah serta tiga adik beradiknya.

“Sejak serangan bom oleh rejim Zionis di Gaza meletus, hampir setiap jam saya hubungi keluarga di Palestin untuk bertanyakan khabar mereka.

“Keluarga saya pada masa ini tidak tinggal di rumah, sebaliknya berlindung di satu kawasan letak kereta kerana bimbang keselamatan diri,” katanya di sini hari ini.

Dia yang merupakan penuntut Sarjana Muda Perakaunan berkata, kadang kala dia terpaksa menunggu dalam tempoh lama untuk mendapatkan respon ahli keluarganya di Rimal.

“Saya juga terpaksa mendapatkan bantuan rakan-rakan di sana untuk menghubungi keluarga bagi memastikan mereka dalam keadaan selamat,” ujarnya.

Katanya, dia bersyukur kerana ibu bapa dan adik-beradik lain dalam keadaan selamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI