fbpx

Tuan tanah di AS tikam kanak-kanak 26 kali kerana beragama Islam, konflik Hamas-Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOSEPH CZUBA

WASHINGTON – Seorang tuan tanah Amerika Syarikat(AS) didakwa melakukan jenayah pembunuhan dan kebencian selepas  menikam seorang wanita Muslim dan seorang kanak-kanak lelaki berpuluh-puluh kali dalam serangan yang dikaitkan polis dengan perang antara Israel dan Hamas.

Budak lelaki itu ditikam 26 kali dan  meninggal dunia di hospital. Bagaimanapun, wanita berusia 32 tahun yang dipercayai ibunya, dijangka selamat daripada serangan kejam itu pada Sabtu lepas, demikian menurut kenyataan Pejabat Sherif Daerah Will di negeri Illinois.

“Polis mengenal pasti bahawa kedua-dua mangsa serangan kejam ini menjadi sasaran suspek kerana mereka orang Islam dan berikutan konflik semasa di Asia Barat melibatkan Hamas serta Israel,” kata kenyataan sama sambil menambah, pembunuhan berlaku sekitar 64 kilometer ke barat Chicago.

Pejabat sherif tidak memberikan butiran lanjut lain atau kewarganegaraan mangsa tetapi pejabat Majlis Hubungan Amerika-Islam(CAIR)  di Chicago menyifatkan kanak-kanak terbabit berketurunan Amerika-Palestin.

Pihak berkuasa berkata, wanita itu sempat menghubungi talian kecemasan 911 ketika melawan penyerang yang dikenali sebagai Joseph Czuba, 71.

Sebilah pisau gaya tentera ditarik keluar daripada perut kanak-kanak itu semasa bedah siasat, tambah kenyataan itu. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI