fbpx

‘Menggelitat cakap benda busuk bangkai’ – Elly Mazlein

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELLY MAZLEIN

PETALING JAYA – Tanpa menyebut mana-mana nama secara spesifik, bekas pengacara All Stars Vaganza (GV10) Elly Mazlein mendedahkan terpaksa melupakan tangungjawab kerja kerana ingin memberi laluan kepada seseorang. 

Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berkata, dia tidak betah bergaduh kerana percaya rezeki itu adalah di mana-mana.

“Kadang-kadang kita terpaksa lupakan tanggungjawab kita. Sebab apa? Sebab niat kita ini baik untuk memberi laluan kepada orang is shaking (yang menggeletar) buat kerja dengan lebih selesa. 

“Lagi satu, jangan gaduh pasal rezeki. Allah dah susun baik-baik untuk kita semua,” katanya menerusi hantaran status terbaharu dalam Instagram Story. 

Sementara itu, pelantun lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu memberitahu, mengalah tidak semestinya dirinya kalah seperti memberi bayangan tentang alasan pengunduran sebagai pengacara GV10. 

“Kita ambil keputusan melepaskan untuk tenang dan memilih untuk bahagia. 

“Kita dah senyap elok-elok, member pula menggelitat (gatal) nak kita cakap benda busuk bangkai ini. 

Elly juga dengan berlapik berkata, seseorang itu sewenang-wenangnya menghukum orang lain supaya dirinya nampak terpaling baik. 

“Maka terserlah kelucuan ini. Baru lucu, tiadalah lucu stereotaip dulu kini dan selamanya. 

“Walaupun sehebat mananya  kita, syombong (sombong) hebat sikit kasi turun sikit dik. Ingat asal-usul,” katanya sinis.

Awal minggu lalu, Elly mengejutkan ramai peminat apabila secara rasmi mengundurkan diri sebagai pengacara GV10 atas sebab peribadi. 

Astro sebagai penyiar rasmi program realiti nombor satu rancangan terbabit turut mengesahkan pengunduran Kak Lina sekali gus Nabil dan Jihan Muse dikekalkan sebagai pengendali acara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI