fbpx

[VIDEO] Dua pekerja gerai burger maut terkena renjatan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nor Diana menunjukkan gambarnya bersama arwah Muhamad Nadim di Jabatan Forensik HRPB, Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

IPOH – Dua lelaki termasuk remaja berusia 14 tahun maut dipercayai akibat renjatan elektrik dalam kejadian di gerai burger di Taman Bercham Raya di sini awal pagi tadi.

Kedua-dua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian sekitar pukul 1.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, orang awam menghubungi Balai Polis Tambun bagi memaklumkan kejadian tersebut.

Katanya, setibanya anggota di lokasi, didapati dua lelaki berusia 30 dan 14 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi gerai burger berkenaan.

“Kedua-dua mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh petugas ambulans dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

“Siasatan awal mendapati, kedua-dua mangsa merupakan pekerja di kedai burger tersebut dan dipercayai terkena renjatan elektrik semasa bekerja,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HRPB untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Setakat ini, kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Dalam pada itu, ibu kepada remaja lelaki yang maut terkena renjatan elektrik terkilan tidak sempat menunaikan ‘permintaan terakhir’ anaknya yang mahu menjamah ayam goreng kunyit.

Nik Nor Diana Ismail, 44, berkata, anak lelaki tunggal daripada tiga beradik itu menyuarakan hasrat tersebut baru-baru ini dan bercadang bertemunya di Batu Pahat, Johor pada hujung bulan ini.

“Saya dan bapa Adim (Muhamad Nadim Taqwa) telah berpisah dan dia tinggal bersama bapanya di Ipoh. Bulan lepas pukul 3 pagi dia WhatsApp dan beritahu rindu nak makan ayam goreng kunyit.

“Dia beritahu nak datang ke Batu Pahat, jadi saya beritahu datanglah, hari-hari pun saya boleh masakkan ayam goreng kunyit untuknya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di hari ini. – KOSMO! ONLINE.

@wanzawawi82kematian mengejut.. Al-Fatihah utk arwah

♬ son original – Tayibou Fit_

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI